SORRY Pak Uteh..aku post gambor kau kat sini..lama aku tak g school..tak sangka Pak Uteh dah dpat pangkat dato’..tahniah pak uteh..semoga di lanjutkan usia

YBhg Dato’ Hj Mat Hashim

Selepas pulang dari Mekah YBhg Dato’ Hj Mat Hashim Hj Anang mula menumpahkan ilmunya kepada masyarakat. Tahun 1964, gurunya Dato’ Hj Ghazali bin Hj Arshad telah mengamanahkannya menjadi mudir Madrasah Irshadiah hingga kini.

Seluruh warga JMNPk mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg Dato’ Hj Mat Hashim bin Hj Anang di atas penganugerahan ini yang membawa erti pengiktirafan kepada seorang lagi tokoh ulama di negeri ini.

Unit Audio Video JMNPk akan membuat temubual ekslusif dengan YBhg Dato’ Hj Mat Hashim dan dijangkakan selewat-lewatnya pada bulan Julai depan – JMNPk